Monday, July 2, 2007
Puisi Saya Dan Fahmi
Daun cempedak gugur ke bumi,
Di tiup angin di tepi kali,
Riak membawa dirimu pergi,
Tinggalkan daku seorang diri.
Thursday, June 7, 2007
Kembara Sastera di MacRitchie

Tarikh: 7hb Jun 2007
Pada hari Khamis, saya sekelas bersama guru, Cikgu Muslim, pergi mengembara di MacRitchie Resevoir. Kami bertujuan berjumpa di tempat pertukaran bas Bukit Batok. Kami pada mulanya hendak berangkat tepat pada jam 7 pagi.Tetapi, ramai yang sampai di sana lewat dan hanya boleh menaiki bas 852 kira-kira jam 7.30 pagi.
Pada hari Khamis, saya sekelas bersama guru, Cikgu Muslim, pergi mengembara di MacRitchie Resevoir. Kami bertujuan berjumpa di tempat pertukaran bas Bukit Batok. Kami pada mulanya hendak berangkat tepat pada jam 7 pagi.Tetapi, ramai yang sampai di sana lewat dan hanya boleh menaiki bas 852 kira-kira jam 7.30 pagi.
Di sana, kami mula berjalan di tepi sungei yang terdapat banyak ikan dan kura-kura. Sebelum kami mendaki bukit, kami telah diberikan beberapa helai kertas yang mengandungi sajak bertemakan Alam Semula Jadi. Tujuan kami ke sana ialah untuk berjalan di HSBC jembatan atas pokok tetapi terdapat satu kemalangan minggu lalu. Ia ditutup sehingga pada hari Sabtu , 9 Jun.
Kami mula mendaki bukit . Di situ saya dapati ramai orang yang suka bersenam seperti berlari-lari anak. Ditempat perhentian pertama, kami membuat aktiviti yang memerlukan definasi sajak. Selepas berehat, kami mula berjalan. Kami pun disuruh memungut 5 jenis daun yang menarik.


Di situ, kami harus membuat beberapa puisi mengenai daun yang telah kami jumpa.Puisi yang terbaik untuk saya dan Fahmi ialah mengenai daun cempedak.Semasa membuatnya, kami dapat pertolongan daripada guru. Selepas kami semua mempersembahkan puisi kami, kami mula berjalan ke arah destinasi yang terakhir, kira-kira 4.7 km.
Dalam perjalanan ke sana, kami berjumpa dengan beberapa biawak. Saya juga sempat terkejutkan kawan saya apabila kaki tersangkut kepada dahan pokok. Perjalanan ke destinasi yang terakhir sangat memenatkan untuk saya kerana bukit di situ sangat tinggi.
Akhirnya, kami berjumpa sebuah kedai.Saya berasa penat dan tidak layak hendak berdiri untuk berapa minit lagi. Di situ, kami berjumpa dengan seekor monyet liar. Tujuannya ialah untuk mencuri makanan yang kami membeli. Di situ, kami harus mempersembahkan puisi kami dengan penuh perasaan. Semasa hendak pulang, kami semua tertawa apabila Fahmi telah dikejar monyet tadi.
Sebelum kami pulang ke rumah, cikgu telah belanja kami makan di restoran pizzahut. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Muslim kerana memberi kami pengalaman dapat kami pelajari.
Subscribe to:
Posts (Atom)